"Dalam usaha untuk berjaya, keinginan untuk berjaya haruslah lebih besar dari setiap ketakutan dan juga kegagalan"
Sebuah ungkapan yang sentiasa kami terapkan dalam setiap warga ibnu rushd healthcare. Ia memerlukan kerja keras, ketabahan dan berterusan dalam memperbaiki diri. Kami di i-RUSHD akan sentiasa terus berjuang dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada komuniti. Impian kami ingin melihat komuniti setempat yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan kami akan sentiasa mencari peluang perniagaan yang boleh kami kongsikan bersama insan yang ingin berjaya bersama kami.
Nilai penting sebelum bergelar usahawan yang berjaya :-
1. KEGHAIRAHAN - Seorang insan yang benar-benar suka dalam pekerjaan yang dilakukan, ini mampu memberi kekuatan dan menjadikan segala halangan itu satu cabaran. Tidak berasa seperti bekerja, kerana merasakan pekerjaan yang dilakukan adalah sebuah minat yang bertukar menjadi punca rezeki.
2. KEPERCAYAAN - Percaya pada pilihan diri sendiri dalam idea-idea untuk selangkah kehadapan bagi membolehkan mereka untuk berjaya. Mereka percaya mereka boleh membuat ia sentiasa bergerak dan tidak pernah membiarkan sebuah halangan untuk meletakkan had ke atas potensi mereka.
3. KEBERANIAN - Seorang yang mempunyai keberanian untuk menghadapi cabaran baru, sentiasa positif dan mengikuti naluri diri untuk pergi dengan berani dimana tiada sesiapa yang pernah cuba untuk melangkah sebelum ini.
4. PENENTUAN - Usahawan yang berjaya sentiasa mempunyai keazaman yang besar dalam mencapai matlamat. Mereka berazam untuk menjadikan setiap perancangan mereka bergerak, tidak kira bagaimana sukar. Malah, sentiasa bersedia untuk menghadapi kegagalan bagi memupuk idea-idea dan membiarkan perancangan mereka berkembang.
5. MENGAMBIL RISIKO - Insan yang ingin berjaya haruslah bersedia untuk mengambil risiko dan langkah di luar zon selesa mereka untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Dan yang paling menariknya, kebanyakkan keputusan yang perlu dibuat dikira berisiko tinggi bagi mencapai sebuah kejayaan.
6. WAWASAN - Mereka bermula dengan sebuah impian yang mereka benar-benar mahu capai dan sentiasa menetapkan matlamat dan objektif yang jelas. Dari itu, mereka ini akan menyusun strategi, merancang dan bertindak ke atas apa yang mereka mahu capai. Sentiasa memberi inspirasi kepada orang lain untuk memberi tumpuan kepada mencapai keputusan.
7. DISIPLIN - Insan yang cemerlang ini memerlukan sebuah penetapan dalam komitmen, kerja keras dan dedikasi terhadap kerja. Kebanyakkan rutin harian mereka ini akan bangun awal, habis kerja lewat, membuat tugasan mengikut perancangan dan tidak pernah berputus asa sehingga mereka dapat apa yang mereka mahu. Ini membuatkan, segala keringat yang dilontarkan menjadi sebuah kejayaan yang boleh dibanggakan.
8. REALISTIK - Mereka pernah merasa gagal pada percaturan yang lalu tetapi mereka tahu bahawa itu bukanlah pelemah untuk terus berfikiran positif kehadapan, Mereka ini tidak takut untuk menghadapi kegagalan kerana ianya bukanlah suatu alasan untuk mundur ke belakang. Mereka ini telah banyak belajar dari kegagalan mereka. Malah, adakalanya timbul idea dan inovasi lain yang datang dari kegagalan perancangan yang lepas.
9. INSPIRASI - Mereka ini sentiasa menjadi motivasi dan inspirasi kepada orang lain dalam membuat keputusan dalam sesuatu perkara. Mereka ini akan sentiasa mengiktiraf, memupuk bakat dan kualiti yang ada pada orang lain supaya orang disekelilingnya juga sentiasa berfikiran positif dan ingin maju kehadapan.
10. BELAJAR - Mereka ini sentiasa bersedia untuk belajar dan melabur bagi meningkatkan potensi peribadi mereka sendiri. Insan seperti ini, akan memilih untuk menghadiri seminar dan membaca lebih banyak buku lagi. Setiap ilmu yang dipelajari, insan ini akan mencari orang lain untuk berkongsi ilmu mereka dan membina hubungan dengan orang-orang yang menyokong perjuangannya. Setiap darinya, mempunyai mentor yang baik dan boleh dijadikan contoh untuk sentiasa selangkah kehadapan. Mereka ini akan berkembang setiap hari, dan tidak pernah gagal untuk menggunakan setiap kesempatan yang ada untuk mencipta kejayaan.
Mungkin ada dikalangan anda yang sudahpun mengamalkan tips yang ada dan kami di i-RUSHD tidak pernah berhenti untuk menyokong anda. Malah, memperbaiki kelemahan diri kami dan akan terus berusaha memberikan yang terbaik untuk masyarakat.
"kejayaan anda, kebanggaan kami di i-RUSHD"