KENALI AIR ANDA



AIR ?


Terdapat beberapa fakta menarik yang dapat kita selami sebagai ilmu tambah untuk kenal betul apa itu air. Dari pelbagai bentuk molekul, jenis air, dan juga bahan larut yang mungkin ada dalam minuman harian kita. Jadi, mari kita lihat satu persatu perihal air yang dapat kami kongsikan bersama anda.



MOLEKUL
Formula kimia bagi air adalah H2O, yang membawa maksud setiap molekul air mengandungi dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Hubungan terjadi antara elektron-elektron yang membentuk bahagian luar atom dan merupakan mata rantai kuat yang dinamakan ikatan kovalen.

DIANTARA MOLEKUL AIR
Kelebihan air adalah melarut bahan-bahan lain sebagai contohnya seperti mineral, gula ataupun susu. Sifatnya yang boleh memasuki zarah manusia, haiwan dan sebarang bahagian jasad tumbuhan dengan cara resapan sahaja. Bahan-bahan ini akan meresap masuk melalui selaput sel yang terdedah kepada persekitaran luar. Bagi tumbuhan pula, disebabkan oleh keupayaan melarut ini bekalan oksigen terhasil dari proses photosynthesis dapat memberikan manusia, haiwan dan organisma lain bekalan yang secukupnya.


Air merupakan keperluan asas kepada manusia. Secara purata, badan manusia meliputi antara 60% hingga 65% air, manakala tisu-tisu dalam otak manusia pula mengandungi 85% air. Badan manusia boleh bertahan sehingga empat minggu tanpa makanan tetapi hanya boleh hidup tiga hari sekiranya tidak minum air. Air minuman (drinking water) sangat penting namun, masih ramai yang memilih untuk minum minuman berkarbonat yang berlebihan dalam kehidupan harian. 

Apa bezanya kalau minum air minuman dengan air berkarbonat ??


BEZA DIANTARA AIR MINUMAN DAN JUGA AIR BERKARBONAT IALAH MOLEKUL AIR BIASA TELAH BERUBAH DISEBABKAN BAHAN PERASA DAN BAHAN LARUT YANG TERDAPAT DALAM AIR. JADI BADAN TIDAK DAPAT SUMBER NUTRIEN YANG SEPATUTNYA UNTUK BERKERJA.





AIR DALAM KEHIDUPAN

Air sangat penting sebagai pengangkut nutrien, hormon, toksin dan hasil kumbahan dalam sistem badan. Tenaga seharian bergantung kepada air dan kekurangan air adalah penyebab utama kepada keletihan pada siang hari. Badan memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air sehari bagi memastikan sistem badan berfungsi dalam keadaan yang optimum. Selain itu, air juga bertindak sebagai agen pembantu diet, pengurang lemak badan dan juga mengurangkan pengumpulan sodium dalam badan.

ayuh cipta keluarga sihat dan bahagia
Minum air yang mencukupi dapat membantu mengubati alergi, asthma, kemurungan, tekanan darah tinggi, diabetes, sakit kepala dan keletihan. Di samping itu, lapan hingga sepuluh gelas air sehari akan dapat mengurangkan sakit belakang dan sakit sendi.

Berdasarkan kajian, kebanyakan rakyat di negara Malaysia tidak meminum air yang mencukupi sehingga mereka mengalami dehidrasi. Hanya 2 peratus penurunan air dalam badan sahaja, cukup untuk menyebabkan kehilangan ingatan jangka pendek, masalah untuk matematik asas dan tidak dapat menumpukan perhatian. Menurut kajian yang telah dijalankan, meminum 5 gelas air sehari dapat mengurangkan kadar kanser usus sebanyak 45%, kanser payudara sebanyak 79% dan kanser pundi kencing sebanyak 50%.



JENIS-JENIS AIR DI DUNIA

1. Air Minuman Bertapis (Purified Drinking Water)

Biasanya menggunakan sumber air awam iaitu air paip yang kemudian melalui pelbagai proses seperti perlindung sinaran UV, reverse osmosis(R.O), dirawat dengan penambahan berbagai jenis mineral dan alkali. Kini, banyak jenama menggunakan teknologi ini untuk memasarkannya supaya masyarakat boleh gunakan di rumah, di mana air paip akan disalurkan kemudiannya melalui beberapa tahap tapisan sebelum boleh diminum. Memandangkan keadaan air paip hari ini telah teruk tercemar, penapis air sepatutnya menjadi keperluan penting di rumah untuk kegunaan makan, minum dan memasak. 




   i) Air Osmosis Songsang (Reverse Osmosis Water)

Air ini melalui proses ulangan dengan tekanan tinggi bagi menghasilkan air tulen. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kadar mineral yang terdapat dalam air. Sebagai contoh, jika dia negara luar mereka mengambil air laut kemudian melalui proses R.O untuk membentuk air tulen sebelum dibekalkan kepada pengguna. Namun air ini tiada kandungan mineral yang berfaedah untuk tubuh malah dicategorikan sebagai air berasid.

   ii) Air Beralkali (Alkaline Water)

Proses pengionan menghasilkan pH yg tinggi untuk air alkali. Kebaikan air alkali adalah untuk seimbangkan semula kadar asid dan alkali dalam badan. Badan memerlukan 20% asid dan 80% alkali untuk kekal sihat dan cergas. Namun, air ini tidak berapa sesuai untuk diminum dalam pH alkalinya terlalu tinggi kerana boleh berlaku kekejangan otot atau muscle cramps.

   iii) Air Bermineral (Mineral Water)

Sumbernya dari dalam tanah secara semulajadi dan kandungan galian berbeza-beza mengikut tempat. Ia perlu melalui beberapa proses penapisan dan perawatan sebelum boleh dipasarkan secara komersial disebabkan kandungan galian yang mungkin boleh memudaratkan.

2. AIR YANG TELAH DIMASAK

Air ini tidak memberikan apa-apa manfaat disebabkan molekul airnya telah mati. Malah mungkin boleh memudaratkan jika air tersebut tidak ditapis dahulu disebabkan oleh bahan larutan yang terdapat dalam air.





KELEBIHAN MEMINUM AIR


1. Air boleh menyejukkan

Waktu tengahari yang begitu panas kadangkala kita tidak sedar bahawa tubuh kita sedang berpeluh. Peluh boleh mengingatkan kita untuk segera minum air. Sebab jika tidak cukup air untuk memproduksikan peluh, kadar darah akan menurun sehingga sistem sirkulasi akan bermasalah. Kesannya antara lain, pening dan mengalami kesukaran bernafas.

2. Mengumpulkan zat-zat makanan

Air membantu memindahkan zat-zat makanan melaui aliran darah ke pelbagai bahagian tubuh, mengikut keperluan bahagian itu sendiri. Beberapa zat makanan yang larut dalam air sehingga diserap dengan air.

3. Memudahkan proses pembuangan tinja/najis

Jika seseorang itu kekurangan air dalam badan, maka akan mudah menjadi sembelit. Sembelit blh menyebabkan org sukar mebuang air besar kerana najis mengeras. Ia sekali gus menyebabkan anggota tersebut mengalami kesakitan.

4. Menjaga kelembapan kulit agar tetap halus

Sel memang mengandungi air, kerana itu bekalan yang cukup akan menjadikan kulit lebih halus dan sihat. Kekurangan air bukan sahaja membuat kulit menjadi kusam dan bersisik tetapi seseorang itu cenderung kelihatan lesu dan jika terjadi cirit birit, mereka akan kelihatan lebih uzur.

5. Bebas dari penyakit batu karang

Penyakit batu karang terjadi sewaktu sisa badan yg tidak terpakai atau komponen lain yang melalui ginjal atau buah pinggang bergabung dengan bahan buangan lain. Jika kekurangan air dalam tubuh, maka akan terbentuklah batu kecil seperti pasir dan tumbuh sebesar batu. Jika kita banyak minum air, batu-batu itu akan keluar dibawa oleh air.


KEBAIKAN MEMINUM AIR BERALKALI


1. Memperlancar sistem pencernaan.

Penggunaan air alkali dalam jumlah cukup setiap hari akan memperlancar sistem pencernaan sehingga kita akan terhindari dari masalah-masalah pencernaan seperti sembelit. Pembakaran kalori juga akan berjalan secara lebih efisien.

2. Membantu dalam menghindari tumbuhnya zat-zat penyebab kanser/barah.

Meminum air alkali membantu dalam mencegah pelbagai punca penyakit dari awal. Minum air alkali akan membuat tubuh lebih bertenaga dan cergas.

3. Perawatan kecantikan seluruh badan.

Bila kurang minum air alkali, tubuh akan menyerap kandungan air dalam kulit sehingga kulit menjadi kering dan berkerut. Selain itu, air alkali dapat melindungi kulit dari luar, sekaligus melembabkan dan menyihatkan kulit. Untuk menjaga kecantikan pun, kebersihan tubuh pun harus benar-benar diperhatikan, ditambah lagi minum air putih 8 – 10 gelas sehari.

4. Kesuburan terpelihara

Meningkatkan produksi hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita. Menurut hasil penelitian dari sebuah lembaga penyelidikan di London, jika seseorang selalu mandi dengan air dingin maka peredaran darahnya lancar dan tubuh terasa lebih segar dan bugar.
Bahkan, mandi di waktu pagi dapat meningkatkan produksi hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita. Dengan begitu kesuburan serta kegairahan seksual pun akan meningkat. Selain itu, jaringan kulit semakin baik, kuku lebih sihat dan kuat, tak mudah retak. Oleh itu, biasakan mandi pagi dengan air pagi yang segar.

5. Menyihatkan jantung

Air alkali juga diyakini dapat membantu menyembuhkan penyakit jantung, rheumatik artritis, kerosakan kulit, penyakit saluran dubur, usus, dan penyakit kewanitaan. Bahkan ketika ini, banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan kebaikan dan keberkesanan air minuman.

6. Ubat penyakit lumpuh.

Air alkali tidak hanya digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit kulit, tapi juga efektif untuk mengubati lumpuh, seperti akibat stroke. Sebab, air tersebut dapat membantu memperkuat kembali otot-otot dan ligamen serta memperlancar sistem peredaran darah dan sistem pernafasan, meningkatkan pengaliran darah dan oksigenisasi jaringan, sehingga mencegah kekakuan otot, menghilangkan rasa nyeri serta menenangkan fikiran. Kandungan ion-ion membantu dalam pelebaran pembuluh darah sehingga meningkatkan pengaliran darah. Selain itu, pH airnya mampu mensterilkan kulit.

7. Membantu badan supaya relaks.

Air alkali mengandung ion negatif mampu meredakan rasa sakit, meneutralkan racun, memerangi penyakit, serta membantu menyerap dan memanfaatkan oksigen. Ion negatif dalam aliran darah akan mempercepat penghantaran oksigen ke dalam sel dan jaringan.

8. Menguruskan badan.

Air alkali juga bersifat menghilangkan kotoran-kotoran dalam tubuh dengan keluar melalui air kencing. Bagi yang ingin menguruskan badan, minum air alkali sebelum makan merupakan satu cara untuk mengurangi jumlah makanan yang masuk. Tambahan pula, air alkali ini tidak mengandung kalori, gula, ataupun lemak.


9. Tubuh badan lebih segar.

Khasiat air alkali tidak hanya untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Sebab, air merupakan bagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

10. Penyeimbang air dalam tubuh badan.

Jumlah air yang menurun dalam tubuh, fungsi organ-organ tubuh juga akan menurun dan lebih mudah terganggu oleh bakteria dan virus. Namun, tubuh manusia mempunyai mekanisma mempertahankan keseimbangan pengambilan air yang masuk dan yang dikeluarkan. Rasa haus pada setiap orang merupakan mekanisma normal dalam mempertahankan air dalam tubuh. Air yang diperlukan tubuh kira-kira 2 liter hingga 2.5 liter (8-10 gelas) sehari.



ADAB MINUM AIR DALAM ISLAM

# Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.

# Bacalah " Bismillah"

# Minum dengan tiga nafas secara berselang-selang.

# Minum dalam keadaan duduk.

# Nafas jangan dihembus-hembus ke dalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.

# Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah "Alhamdullilah"

# Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.

# Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.



Diharap pembaca dapat memanfaatkan sedikit sebanyak info berkaitan air ini. Jika terdapat sebarang masalah, cadangan ataupun pendapat boleh berhubung dengan consultant kami.

P/S : Olahan dari beberapa sumber articles.